background: #000000 ! important; border: 1px solid #F21515;

Labels

Sunday, March 31, 2013

Niqab & Purdah??..

CANTIK KAN~~
indah kan bila kita lihat wanita berpurdah atau berniqab.. nampak terjaga dan terpelihara ..kdang rasa sngat cemburu dengan mereka yng pakai ...
bukannya kita tak bole pkai,tapi mungkin blom bersedia ,. MUNGKIN!!
mungkin ada antara kita akan cakap::buat apa nak pkai niqab atau purdah klau tudung sudah memadai ..
yee!!..memang btul, ikut beberapa laman/perbahasan yang saya dengar..memang memadai dengan memakai tudung biasa sahaja klau itu sudah mampu menutup beberapa bahagian seperti::
1)rambut mu tanpa menampakknnya walau hanya satu ..
2)menutup bahagian dada dengan sempurna.. bukan hanya dada bahagian depan,tapi dari pandangan sisi .. tutup dengan SEMPURNA..
3)tudung yang melepasi bahu dengan jarak setapak tangan ..
4)mampu menutupi separa bahagian belakang badan..
5)tidak menampakkn bentuk leher ..

Dengan ada nya ciri2 diatas,maka tudung itu bole dipakai .. sebenarnya semua ciri2 diatas itu ad pada tudung labuh.. :D

tapi,ingat lah.. jangan hanya jaga pada pemakaian tudung .. tapi, pemakaian baju juga harus dititik berat kan ..



a. Tafsir Surah An-Nur ayat 31 tentang إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنـْهَا(… kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.), iaitu :


Allah berkata, “Janganlah menampakkan perhiasan mereka kepada manusia selain mahramnya”. Perhiasan itu ada dua: yang disembunyikan seperti: gelang kaki, dua gelang tangan, dua anting-anting dan kalung. Dan yang kedua adalah yang biasa tampak – ada perbezaan pendapat tentang makna ayat dalam hal ini, dan sebahagiannya mengatakan ianya adalah PAKAIAN LUAR.

Ibnu Mas’ud berkata, ”Perhiasan ada dua macam: yang biasa tampak yaitu pakaian luar. Dan perhiasan yang disembunyikan yaitu: gelang kaki, dua anting-anting dan dua gelang tangan”.
Dari Abu Ishaq dari Abu al-Ahwash dari Abdullah berkata,” { إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنـْهَا } yaitu : pakaian.”

Berkata Abu Ishaq,”Apakah engkau tidak melihat firman Allah: “Pakailah perhiasanmu (pakaianmu) yang indah setiap memasuki masjid.” ?” (Surah Al-A’raf : 31)

b. Tafsir surat Al-Ahzab: 59 tentang makna jilbab, يُدْنِــينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِـيــبِهِنَّ (…Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka . . .), iaitu:

Allah berkata kepada nabiNya Muhammad: “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan wanita mukminah, janganlah menyerupai budak-budak di dalam berpakaian tatkala keluar rumah untuk suatu keperluan, mereka menampakkan rambut dan wajah-wajah mereka.

Akan tetapi hendaklah menghulurkan jilbab-jilbab mereka, sehingga orang-orang fasiq dapat mengenali mereka sebagai wanita merdeka dan terhindar dari gangguan dalam satu pendapat.

Ahli ta’wil berbeda pendapat di dalam cara mengulurkan jilbab yang diperintahkan Allah. Maka sebahagiannya mengatakan: yaitu MENUTUPI WAJAH-WAJAH dan kepala-kepala mereka dan tidaklah menampakkannya KECUALI HANYA SATU MATA SAJA.

”Ali melaporkan bahawa Ibnu Abbas berkata, “Allah telah memerintahkan wanita-wanita muslimah jika keluar dari rumah mereka untuk satu keperluan agar MENUTUP WAJAH-WAJAH MEREKA (mulai) dari atas kepalanya dengan jilbabnya dan menampakkan HANYA SATU MATA SAJA.”

Ibnu Ibnu Sirrin berkata,“Aku bertanya kepada Ubaidah tentang firman Allah tentang ayat { قُلْ ِلأَزْوَاجِك وَبَنَاتك وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلاَبِيبهنَّ}, maka iapun (mencontohkan) dengan pakaiannya, kemudian MENUTUP KEPALA DAN WAJAHNYA serta HANYA MENAMPAKKAN SALAH SATU MATANYA.

”Dan berkata yang selainnya, ”Bahkan diperintahkan kepada mereka agar mengikat (mengencang) jilbab- jilbabnya itu di dahi-dahi mereka.”


PERBAIKI DIRI SIKIT DEMI SIKIT LEBIH BAIK DARI KITA TERUS TENGGELAM DENGAN KESENANGAN SEMENTARA...
P/S::saya buknlah seorang yang alim dan mahir dalam bidang atau perkara begini.. tapi, x salah klau kita nak baiki diri dan ingat kn sesama kita kan :D

Waallahhualam :D






          



Saturday, March 30, 2013

Tuhan Tak Beri Apa Yang Kita Nak,.. DIA Beri Apa Yang Kita Perlu :D

ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...




:D ...meet again... tuhan tak beri apa yang kita nak,.tapi,DIA slalu beri apa yang kita perlukan sebb DIA je tahu ap yg terbaik untuk kita...kdang kita fkir,knapa kita dpat yg INI pdahal yg ITU lbih baik.. sbb ap kita fkir mcm tu??.. sbb nye,.. kita slalu lihat sesuatu tu dlam jangka msa atau untuk jngka masa yang singkat jee ..kita jrang lihat sesuatu untuk jangka masa yang panjang.. ok .. ni ad few tips yang maybe bole kita praktikkn klau kite rse2 nak persoal kn sesuatu::

1)
PEJAM MATA DAN UCAP Astanghfirullah halazim ...
 - sye slalu buat mcm tu,. bila kita rse terkilan atau rse knape smue ni perlu jdik?.. ucap lah astaghfirullah halzim.. sye yakin hati kita lbih tenang slpas itu ..

2)ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...
 -bila kita rse nk persoalkn sesuatu, ingat lah.. kita ad di dunia ini atas aturan nya.. kita akan pergi nnty juga atas ketentuannya.. jadi,. semua ini terjadi juga pasti atas kehendaknya.. 

3)HIKMAH DISEBALIK SESUATU..
 -saya yakin,kita semua pasti tahu yang ap yg terjadi pasti ad hikmah nya ... 
    
     sebagai contoh:: mungkinkita mahu kan sebuah rumah yang besar dan harta benda yang mewah .. kita telah berusaha sedaya upaya kita.. mungkin kita juga dah berjaya blajar setinggi-tinggi nya.. tapi,knapa tak dapat ap yg dihajatinya... cuba kita fikir,.mungkin klau kita kaya,mewah,dikelilingi harta2 dunia,.kita akn leka dan mngabai kn tanggungjwab kita.. mungkin kita akn meninggal kn kewajipan kita.. kerana itu tuhan bagi kita kehidupan yg sederhana .. kerana tuhan tahu ap yg bakal terjadi ...

4)BERDOA DAN JANGAN MENYALAHKAN TAKDIR..
  - JANGAN MEMPERLEKEHKAN KEBESARAN SEBUAH DOA.. saya pernah dgar seorg yg pndai berkata:: tiada satu doa pun yg ALLAH abaikan.. DIA mendengar setiap satu DOA yng hambanya hajatkan .. TAPI, DIA menunggu masa yang sesuai untuk memenuhi setiap doa hambanya.. 

5)SENTIASA BERLAPANG DADA DENGAN KETENTUAN-NYA ..
 -terima lah ap yang dikurniakan pada kita.. redhakan hati,.sedarlah semua ini ketentuannya.. ini semua dalam aturan-NYA.. DIA telah sediakan sesuatu yang terbaik buat kita pada masa akan dtang.. pada masa yang sesuai untuk didatangkan ... 

EXTRA::
tuhan mengurniakan permintaan atau DOA kita dengan 3 cara..

pertama:: tuhan mmberi kan kita terus kepada APA YANG KITA MAHUKAN...
                    --kita mahukan A, tuhan terus memberi kita A..

kedua::tuhan memberi kan kita APA YANG KITA MAHUKAN MELALUI PENGANTARAAN ..
               -- kita mahukan A,. tuhan berikan kita A melalui B...

ketiga::tuhan tidak memberi kita ap yang kita mahukan kerana DIA tahu ap yang lebih baik..
                -- kita mahukan A,. tapi tuhan beri kita C.. yang tidak pernah kita minta.. kerana tuhan tahu C itu  lebih baik bagi kita....

rusydee artz

Assalamualaikum ..
hari ni rse nk guna "saya" .. bole kn3 ((^_^)) ..ok .. berbalik pde NIAT asal..
sbnar nye nk share psal RUSYDEE ARTZ .. mmemg cool image2 dye nihh...

contoh nyeeeee yang pertameee ::
sedih x??.. sedeyh meyhh... :D

contoh yang kedua... tadaaaddaaa::
menusuk ke tangkai jantung .. :P
contoh last lah ni::
ni bukan gatal nk kawen yee.. perkongsian smata2..:O

ade ap2 pertanyaan sila taip https://www.google.com.my/ dn taip rusydee artz .. semua soaln anda akan terjawap.. sekian sahaja...

Assalamualaikum W.B.T




apa nak jawab???

Assalamualaikum...
pernah suatu ketika seorg cina tnya pada ana..
"kenapa pakai tudung?,tak panas ke?"..
"kenapa tanya?,nak pakai ke?"..ana tnye balik sbagai stu gurauan ana kira..
"eeiii...tak nak lah..panas!".. cina tu jawab dengan riak muka yang bagi ana agak mengejutkan..
telintas jugak dkat fikiran ni.,(nampk teruk sagt ke pkai tdung?)..

blom smpat ana jwab,.cine tu dh jalan ...
tpi,. bagus jgak dye jlan,.. bkan nye ana thu nk jwab ap pun..
mungkin tidak bgitu susah sgat nk jwab klau dgn orang yg seagama..tpi,klau yg berlainan agama ni rse agak payah nk terang kan..sbab ana bkan nye pengamal agama yg warak..
amoi oo amoi .. maaf ana tak ad jawpan untk di beri .. takut tersalah bagi jwapan nnty .. :D .. 

Assalamualaikum :D

hye..
good evening .. today 30/3/13 ... monday nk naek skolah dh.. good :0 .. keje skolah brlambak x kire :P ..
 petang2 ni layan lagu .. ((tuhh2..lagu kat atas tuhh)) ..
bkan gatal nk kawen .. suka2 je dgr..
merdu maybe ..
hope today better than yesterday .. and pray that tomorrow will be better day for me :D

ok .. Assalamualaikum

5 SEBAB KENAPA “COUPLE” HARAM




PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi
COPIED FROM::DRDAKWAHREMAJA :D